Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Ahad, 24 April 2011

Jadual Waktu Belajar

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

( Tulisan di bawah adalah bagi pelajar yang ada jadual belajar peribadi, tetapi susah nak ikut )
Sumber : http://www.ketam.pja.my

Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!

Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.

Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik. Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.

Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.

Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan, kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak cepat habis.

Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main “game”. Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah jadual secara tidak terancang boleh digunakan.

Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis. Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari. Jangan lebih atau kurang.

Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3 sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.


Rabu, 6 April 2011

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

:
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

Tarikh : 9 April
Tempat : Dewan Serbaguna IKBN Miri
Masa : 7.15 - 1.30 petang
Jemputan : Ibubapa Pelajar Tahun 6/2011

Ringkasan :

Program ini adalah satu projek usahasama yang terdiri dari PIBG, ibubapa dan juga guru-guru di dalam merealisasikan sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga aspek sahsaiah selaras dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah contoh menjelang tahun 2012. Sasaran utamanya khusus menjurus kepada peningkatan prestasi UPSR 2011, namun tidak lupa juga aspek lain seperti emosi, rohani, dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara.

Ringkasan pengisian program bolehlah merujuk kepada surat yang telah disampaikan melalui anak/murid Tahun 6/2011 masing-masing.


Keputusan Penyertaan Pertandingan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Secara ringkasnya, berikut ialah prestasi penyertaan SK Merbau di dalam pertandingan yang disertai dalam tempoh 2 minggu yang lepas ( 21 Mac - 1 April 2011 )

  1. Pertandingan Bola Sepak : Johan
  2. Pertandingan Bola Jaring : Johan
  3. Pertandingan Choral Speaking : Tempat ke-2
  4. Pertandingan Sepak Takraw : Tempat ke-3
  5. Kejohanan Olahraga Bahagian Miri : Tempat ke-5

Kejayaan milik kita bersama.

Penyertaan yang diakhiri dengan penyudahan yang hebat dan membanggakan.