
Selamat kembali dari bercuti..
Moga cuti telah digunakan dengan sebaiknya.
Cuba fahami kartun ini ..... tanggungjawab sebagai pelajar jangan diabaikan.
Setiap pagi, semasa pakai baju, sarapan, gosok gigi atau dalam perjalanan ke sekolah, renungkan dalam hati ...dan tanya diri sendiri...kenapa aku ke sekolah setiap pagi, kenapa susah payah belajar atau menyiapkan kerja rumah..kenapa ..kenapa..kenapa...Kenapa ya murid-murid ?
Untuk menambah ilmu diri, membalas jasa ibu bapa, mencapai cita-cita, mencapai taraf hidup yang lebih baik, mengeluarkan diri dari kepompong kemiskinan..dan banyak lagi sebab yang mana kita boleh cari sendiri melalui proses berfikir dan tafakur.
Jadi...jangan datang ke sekolah dan balik rumah dengan tangan kosong. Pastikan ilmu dipelajari, difahami dan diamalkan.ps:// Satu hari aku nak ke kedai, beli barang rumah. Guess what? Pelajar sekolah aku duduk lepak tunggu van sekolah ( atau saja-saja lepak) sambil pegang pistol mainan ( airgun ).
Ok... Berhenti takat ini. Salam untuk semua.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan