Sertai survey untuk faedah bersama.
Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?
Selasa, 24 Februari 2009
Pelajar jangan LEKA !
Catatan Zul,
Salam,
Last 2 weeks, aku solat maghrib di masjid Ar-Rayan, syukur sampai ja dengar dari luar kedengaran bunyi ustaz sampaikan ceramah. Tajuk ceramah tu tak ingat, coz aku datang dah setengah isi ustaz sampaikan. Yang best sekali dan yang paling aku ingat adalah satu cerita lucu, pengalaman masa ustaz masih muda remaja dulu.
Dia cerita la masa muda dulu dia ni suka benar main karom ( ala, main pesit-pesit, takkan tak tau kot ). Tetapi Tok Guru ustaz ni amatlah tidak berkenan dengan olah tersebut the very much ! :) Tok Guru kata apa... orang yang main sampai leka, adik-beradik toyol. Senyum ja aku dengar, sebab aku dulu pon sama benar olahnya.
Kenapa toyol ?? Toyol ni kerja dia mencurik. Mencurik memang pandai, terror kalau dengar dari cerita orang la. Baha pernah cerita (dia pernah jumpa) tapi apapun, yang penting nilai moral ceritanya. Baca dulu.
Toyol pantang nampak kacang hijau, this is becoz dia... kalau tengok, akan duduk ilek-ilek, susun-susun ataupun pesit-pesit kacang hijau ni. Main lah toyol ni sampai leka. Kuang-kuang , lepas tu, lupalah dia ngan keja dia merampok rumah orang. Balik umah, silap-silap makan penampar tuan dia. Itulah pasal, Tok Guru kata orang yang leka adik-beradik toyol. Ko nak percaya atau tidak, bagi aku cerita ini ada nilai moral.
Apo dio?
Jangan leka, 0rang leka lupa tanggungjawab @ adik-beradik toyol.
Khamis, 19 Februari 2009
Bengkel "Study Smart"
Tarikh : 16 Febuari 2009, Isnin
Masa : 1.30 petang - 2.30 petang
Jumlah Peserta : Semua Pelajar Tahun 6
Salam,
Bengkel "Study Smart" (Peta Minda) dah pun bermula. Style kali ni bengkel dibuat ala-ala gerila, maksudnya audiens dalam bilangan yang kecil. Tak boleh buat bilangan penuh satu kelas ( purata satu kelas 45 orang murid, untuk bengkel bilangan adalah 21-23 orang ). Setakat ini bengkel berjalan dengan lancar, dan oleh kerana ia adalah satu pendedahan teknik belajar, keberkesanan teknik bergantung juga kepda usaha susulan pelajar selepas menghadiri bengkel ini. Usaha guru BK pula adalah selain menganjur dan memperbaiki modul dan gaya penyampaian, secara rawak guru BK akan pilih pelajar untuk melihat adakah teknik peta minda telah diaplikasi. Hopefully we get positive result !
A. Pengenalan
PETA MINDA ialah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat menggunakannya.
Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan fakta-fakta penting yang mahu diingati dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan anda memahami pelajaran. Anda sebenarnya menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, anda berupaya menukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda.Sebenarnya minda anda telahpun melakukan proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingatan, anda perlu melakukan usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% daripada segala yang kita lihat daripada apa yang kita dengar.
Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana peta minda tersebut dihasilkan berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.Kreativiti itu BEST !
B. Kegunaan Peta Minda
1. Mengambil nota
2. Simpanan nota ringkas
3. Memanggil / Mencerna maklumat semula
4. Mengembangkan isi
5. Menyelesaikan masalah
C. Panduan Membina Peta Minda
Bahan
1. Pen / pensel berwarna
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas
lukisan adalah dianggap baik)
Program Kepimpinan Pengawas
Program : Program Kepimpinan Pengawas
Tarikh : 19 Febuari 2009, Khamis
Masa : 7.10 pagi - 3.00 petang
Jumlah Peserta : 65 orang pengawas ( Thn 4-6 )
Salam,
Fuhh, lega rasanya dah settle kan tanggungjawab sebagai penceramah bagi Program Kepimpinan Pengawas SK Merbau 2009. Walaupun penat, namun saya tak boleh tipu dan kata saya tidak enjoy dan puas hati terhadap penganjuran kali ini (tahun lepas saya tak terlibat kerana cuti kecemasan). Audiens yang terdiri daripada pengawas tahun 4-6 ternyata amat memberikan kerjasama, dan harapnya mereka mendapat input yang boleh membantu mereka di dalam melaksanakan tugasan mereka kelak ( tak patut tak best, bilik selesa bukan main, siap ada penghawa dingin lagi )
Objektif penganjuran program ini adalah bagi mendedahkan aspek dan kemahiran kepimpinan kepada pelajar. Zaman semakin maju, dunia semakin kompleks, jadi cabaran yang menanti tugasan sebagai pemimpin pelajar pun semakin mencabar. Kalau dah guru rasa tercabar, apatah lagi bagi pemimpin pelajar. Guru dan pengawas....... bekerja bersama-sama.
Di dalam program ini juga adalah medan bagi guru-guru Bimbingan dan Guru Penyelaras Lembaga Pengawas membuat pemerhatian dan penilaian bagi memilih calon pelajar-pelajar yang layak bagi jawatan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas. Kepada semua guru-guru yang memberikan kerjasama baik secara lansung mahupun tidak lansung, seribu penghargaan. Mudah-mudahan, program ini ada keberkatannya. C u next post !
Syukur ..... Ceramah Teknik Belajar ( Peta Minda & SQ3R ) SK TD Muip Miri
Rabu, 11 Februari 2009
Nilai Moral Dalam Filem !
Dalam filem, terutamanya yang didatangkan secara besar-besaran dari negara Uncle, kita tidak boleh mengelakkan dari rasa kagum. Kagum dengan wataknya, bajetnya dan yang lebih MANTOP tentulah kesan khas (special effect) yang ada pada filem tersebut. Saya, akan membicarakan sesuatu filem itu dari aspek positif, negatif tolak tepi. Sesungguhnya, tumpukan pada yang positif supaya minda kekal positif dan secara tidak lansung kita akan melihat persekitaran kita dari perspektif yang baik. - Mental positif akan mengarahkan fizikal berbuat positif ! - That is the power of mind, bukan kasut POWER.
Ok, ulasan filem saya hari ini ialah filem......jeng jeng jeng...
Nilai-nilai moral yang dipelajari dari filem ini :
1. Kita manusia memang jahat, tetapi boleh berubah dengan tekad yang kuat
2. Mana lagi best, jadi jahat kah? atau jadi superhero ( orang baik ) ?
3. Kekayaan jika digunakan ke arah kebaikan amatlah bermanfaat.
4. Hidup bukan untuk enjoy, tetapi untuk beramal. Kerana hasilnya akan dituai di akhirat nanti
5. Makna kehidupan hendaklah sentiasa dicari, kehidupan kita ada tujuan dan peranannya
Lain kali, bila melihat sesuatu filem, jangan dilihat dari luarannya, lihat pada aspek nilai moralnya agar kita beroleh manfaat dari sesuatu, sungguhpun ianya hanyalah hiburan semata-mata
Kenapa Bimbingan dan Kaunseling ?
Salam,
Semua pembaca. Why on earth perkhidmatan ini diadakan. Unit BK sekolah rendah telah digerakkan oleh KPM dalam tahun 1980 ( saya baru lahir time nih ) , tujuannya adalah untuk membantu dari aspek rohani dan emosi pelajar agar dapat bergerak selari dengan cabaran dunia yang semakin mencabar. Ya ....saya setuju ( pernah baca paper orang tua merogol budak 7 tahun? )
Tetapi, jangan pula salah sangka bahawa Unit BK "dicipta" khusus ni untuk budak delinkuen, bermasalah, murung, keluarga bermasalah dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Selain dari penyelesaian dan pencegahan masalah, unit BK juga bertangungjawab terhaap aspek pengayaan atau penyuburan kemahiran pelajar, dari aspek akademik, emosi dan rohani. Contohnya seperti kemahiran belajar, pengurusan stress, asertif diri, kepimpinan dan lain-lain lagi perkara yang berkaitan dengan kemahiran interpersonal dan intrapersonal ( nak tahu??? jumpalah we all :) ...)
Dan yang terakhir, perkhidmatan BK bukan sahaja untuk untuk pelajar, tetapi juga untuk ibu bapa. Jika mempunyai perkara yang agak sulit untuk dibicarakan, boleh berjumpa dengan guru-guru BK tanpa was-was. Sesungguhnya guru-guru BK terikat dengan akta ke"RAHSIA"an, dalam erti kata lain, apa yang dibicara di dalam sesi bimbingan yang diadakan, akan menjadi sesuatu yang dijaga kerahsiaannya ( terdapat pengecualian sekiranya apa yang dibicarakan boleh mendatangkan bahaya kepada diri atau mereka yang disekitarnya ).
To be continued...
The Devils ( Ini Buat Kacau Dalam Hidup Ni )
Terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko,
kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam
dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.
Salam,
"Body is a powerful weapon". Tak silap saya ini kata-kata dari mendiang Bruce Lee. "Powerful" ni bukan nya setakat merujuk kepada mempertahankan diri, perasan kuat or yang sewaktu dengannya. Tetapi... dieksploitasi sepenuhnya ke arah sesuatu yang berfaedah. Dan salah satu perbuatan yang amat berfaedah ialah menuntut ilmu. Badan sihat, otak cerdas. Badan sihat kita tak "mengail" ikan dalam kelas. Bila badan sihat juga tiada air liur basi tumpah atas meja (muahaha , teringat saya semasa menuntut di S.M Sains Kuching, apa ceritanya? satu hari nanti) . Di sini , saya kongsikan tips supaya badan sentiasa MANTOP! Tips dari Imam Syafie . Check it out! Jangan tak check it out. Check it out !
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama