Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Memaparkan catatan dengan label Makanan Untuk Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Untuk Minda. Papar semua catatan

Ahad, 11 April 2010

Fakta Kismis

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu? Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kebaikan Buah Kismis

  • Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrasi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot.
  • Kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan. Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.
  • Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.
  • Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.
  • Stroobant yang mempunyai saluran masakan sendiri di Asian Food Chanel siaran Astro, berkata buah anggur yang dikeringkan menjadi kismis itu mungkin kecil saiznya dan selalunya tidak bersifat menonjol, tetapi buah yang kecil itu sebenarnya penuh dengan zat semula jadi serta kaya khasiat yang diperlukan badan manusia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Sumber: Berita Harian
  • “Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria. Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah
  • Secara ringkas nya kebaikan KISMIS ialah ia dapat menyerap kahak, menyejukkan perut, mencerdaskan minda, meneutralkan kandungan air kencing, servis kerongkong, hilangkan penyakit hempedu, menguatkan sistem penghadaman, menguatkan saraf, menambahkan tenaga fizikal menguatkan jantung- Ingat ! KISMIS (dari Anggur adalah makanan para ahli Syurga)
artikel dari : http://www.smartkoko.com/Rahsia%20SmartCoco.html

Khasiat Kismis : Episode 2

KISMIS lazimnya popular ketika musim perayaan untuk dijadikan campuran kek, biskut atau mufin tetapi mungkin kurang dijadikan sajian ringan seharian.

Barangkali ia dianggap kurang mengenyangkan namun hakikatnya, kismis memang kaya dengan pelbagai khasiat, menjadikannya sesuai bukan saja untuk kanak-kanak malah golongan dewasa.

Menurut pakar pemakanan klinikal, Tan Yen Sing, khasiat kismis meliputi pelbagai aspek termasuk dari segi kandungan kalori dan antioksidan serta membantu penjagaan gigi.

"Kismis adalah sumber antioksidan yang baik manakala pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh membantu menyediakan perlindungan daripada beberapa masalah berkaitan penuaan.

"Antioksidan didapati pada kismis dikenali sebagai catechin adalah daripada keluarga antioksidan yang sedia diserap. Bahan terbabit membantu untuk meningkatkan kesihatan usus besar. Selain kismis, ia boleh ditemui dalam epal dan anggur serta minuman seperti coklat dan teh.

"Selain itu, kismis menyediakan kandungan potassium dan serat. Ia turut mengandungi fruktosa iaitu gula buah semula jadi iaitu sumber tenaga yang baik," katanya pada sesi taklimat mengenai kebaikan kismis yang didatangkan dari California, Amerika Syarikat, di ibu negara, baru-baru ini.

Untuk mereka yang prihatin mengenai penjagaan berat badan, kismis tidak mengandungi sodium, lemak mahupun kolesterol apatah lagi ia mudah dijadikan sajian seharian.

Bagi mendapatkan kandungan serat yang baik, disarankan pengambilan dua sajian kismis setiap hari. Menurut anggaran, suku cawan kismis bersamaan dengan satu sajian buah-buahan.

Menurutnya, kismis juga boleh membantu untuk memerangi masalah plak gigi dan penyakit gusi.

Berdasarkan kajian Kolej Pergigian, Universiti Chicago, kismis mengandungi bahan 'phytochemical' yang menyekat pertumbuhan bakteria di dalam mulut. Ini sekali gus membantu mengurangkan masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi manakala kajian turut menunjukkan tiga daripada empat orang dewasa yang berusia melebihi 35 tahun dilaporkan mengalami beberapa bentuk penyakit gusi.

Jika sering memikirkan kuih-muih sebagai sajian ringan, kismis juga boleh dijadikan sajian ringan yang menarik kerana ia adalah sumber tenaga yang baik.

"Ia mengandungi kira-kira 35 peratus fruktosa dan 35 peratus glukosa. Fruktosa adalah bentuk gula semula jadi yang mudah dihadam untuk mendapatkan tenaga segera. Malah, ia menyediakan sumber tenaga berterusan berbanding snek seperti donut," katanya.

Bagi Pengarah Pendidikan, Institut Sumber Kanak-kanak Malaysia, Ruth Liew, pemilihan makanan yang sihat mampu dijadikan tabiat yang akan berkekalan seumur hidup mereka.

"Misalnya, menyediakan sajian menyihatkan seperti kismis untuk kanak-kanak bukan saja memudahkan ibu bapa memandangkan kurangnya waktu persediaan sajian terbabit malah ia menyediakan khasiat diperlukan kanak-kanak.

"Pemakanan yang baik sememangnya menyediakan permulaan yang baik untuk kehidupan awal kanak-kanak justeru, ia penting bagi ibu bapa membuat pilihan tepat untuk anak mereka.

"Ramai mungkin tidak menyedari kismis boleh memberikan kesan secara tidak langsung dalam membina hubungan keluarga yang lebih erat malah ia boleh dijadikan tabiat seumur hidup mereka.

Menurutnya, potensi pembelajaran kanak-kanak sememangnya mengagumkan dan ini banyak bergantung kepada perkembangan otak kanak-kanak terutama di tahun awal kehidupan mereka.

"Kismis misalnya, boleh memainkan peranan secara tidak langsung dalam meningkatkan kesejahteraan anak. Ibu bapa perlu menyediakan waktu berkualiti untuk mengeratkan jalinan kemesraan bersama anak mereka.

"Sajian mudah menggunakan kismis bukan saja menjimatkan masa malah membolehkan ibu bapa meluangkan lebih waktu untuk anak mereka," katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengarah Promosi Perdagangan Jawatankuasa Pentadbiran Kismis, Richard Lieu.

Khasiat kismis

Untuk menggunakan potensi sepenuhnya yang ada pada diri kita , saya ada ikhtiar. Namun jalan yang saya tunjukkan ini hanya akan mencapai matlamatnya jika seseorang itu, baik pelajar sekolah rendah, menengah atau universiti mengamalkannya. Kalau setakat baca shaja, faedahnya hanya dari segi ilmu, tetapi jika dipraktikkan akan dijelmakan pada keputusan peperiksaan yang akan diperolehi.

Apakah usaha-usaha tersebut?

Ianya merangkumi PENUMPUAN DALAM KELAS +BERTANYA + ULANGKAJI + DISIPLIN ( URUS MASA + dan PEMAKANAN.

Pemakanan adalah penting, kerana kita akan menjadi apa yang kita makan. Maksudnya jika kita makan makanan yang baik, maka baiklah juga fizikal dan akhlak kita. Jadi, apakah contoh makanan baik yang boleh membantu kita di dalam menggunakan potensi tertinggi kita sebagai pelajar ?Saya kongsi beberapa artikel yang dipetik dari blog dan laman web yang saya kunjungi. Check it out.


Khasiat Kurma, Kismis dan Madu


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s.?

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis-manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

3) MADU

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat Al-Qur’an, maka Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul s.a.w. sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.


alamat blog : http://www.izoblog.com/for-your-info/lagi-khasiat-kurma-kismis-dan-madu