Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

:
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

Tarikh : 9 April
Tempat : Dewan Serbaguna IKBN Miri
Masa : 7.15 - 1.30 petang
Jemputan : Ibubapa Pelajar Tahun 6/2011

Ringkasan :

Program ini adalah satu projek usahasama yang terdiri dari PIBG, ibubapa dan juga guru-guru di dalam merealisasikan sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga aspek sahsaiah selaras dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah contoh menjelang tahun 2012. Sasaran utamanya khusus menjurus kepada peningkatan prestasi UPSR 2011, namun tidak lupa juga aspek lain seperti emosi, rohani, dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara.

Ringkasan pengisian program bolehlah merujuk kepada surat yang telah disampaikan melalui anak/murid Tahun 6/2011 masing-masing.


Ahad, 11 April 2010

Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru-guru Tahun 6 2010

Tarikh : 10 April 2010
Sasaran : Semua ibubapa/waris dan pelajar-pelajar tahun 6 2010 SK Merbau Miri

Refleksi Program :

Kehadiran pada majlis permuafakatan kali ini amat membanggakan. Majlis berlansung lancar mengikut tentatif, ditambah lagi dengan kerjasama para ibubapa dan waris yang nyata memberikan komitmen dalam pertemuan yang jarang-jarang diadakan ini.


Guru Besar membentangkan analisis keputusan peperiksaan dan amanat



Pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menggalas cabaran UPSR 2010


Kehadiran ibubapa/waris amat membanggakan


Bersabar menunggu giliran untuk bertemu guru kelas

Komitmen para ibubapa/waris sebegini wajarlah di teruskan, khususnya di rumah di dalam mendidik anak-anak agar menjadi insan yang bukan sahaja berilmu, bahkan yang berakhlak mulia.

" Ke Arah Generasi Berakhlak Mulia "

Selasa, 30 Mac 2010

Program Kecemerlangan UPSR 2010 ( Teknik Menjawab Soalan )

Tempat : Auditorium Pustaka Miri
Tarikh : 30 - 31 Mac 2010
Masa : 30 Mac, 8.00 pg - 12.30 tgh
31 Mac, 8.00 pg - 4.00 tgh

Sasaran : Semua pelajar Tahun 6 Sk Merbau 2010
Personalia : Guru Bimbingan dan Kaunseling , Ketua Panitia MP Teras, Penyelaras Tahun 6


Pelajar menunggu untuk masuk ke dalam auditorium Pustaka Miri