Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Memaparkan catatan dengan label kempen sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kempen sekolah. Papar semua catatan

Selasa, 25 Januari 2011

Kebersihan Mencerminkan Jiwa Kita





Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Hari Isnin lepas, Guru Besar bercakap panjang lebar mengenai tabiat buruk sebilangan pelajar. Tabiat buruk itu ialah tabiat membuang sampah "di atas tong sampah". Ini jelas mencerminkan budaya tergesa-gesa dan malas yang ada dalam diri kita. Apa nak buat?

Get rid of it ! :)

Gambar hiasan : Di SK Merbau, kita juga mempunyai tong sampah seperti di dalam gambar dan juga tong sampah "klasik" warna hitam.


Menitikberatkan kebersihan mencerminkan hati dan jiwa kita yang bersih. Bila jiwa bersih, maka kita sudah 80% bahagia.

Bagaimana kita boleh menanamkan tabiat positif menghargai kebersihan ialah dengan membiasakan diri MENGUTIP, dan MEMASUKKAN SAMPAH KE DALAM tong sampah. Straight and Simple ! .


Selasa, 13 April 2010

KEMPEN : Bahaya Rokok dan Dadah




Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bermula pada minggu ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Merbau Miri akan menganjurkan kempen "Bahaya Rokok dan Dadah". Usaha ini bagi membanteras penularan tabiat buruk rokok yang amat membimbangkan dewasa ini. Gejala ini diharapkan akan mampu menyokong usaha kerajaan di dalam membanteras gejala penagihan dadah yang seringkali menghiasi dada akhbar saban hari.


Rokok adalah pembunuh senyap yang mana amat mudah menyelinap masuk dalam keluarga kita. Bahaya rokok tiada siapa yang menafikannya, tetapi ini tidak menghalang sejumlah besar perokok untuk meneruskan tabiat yang merugikan ini. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh nikotin yang terdapat di dalam rokok. Nikotin ini umpama "dadah yang dibenarkan", kesannya melumpuhkan atau merosakkan fungsi-fungsi saraf, yang mana ini memberikan kesan "kelegaan yang palsu" kepada yang "menikmati" rokok. Inilah yang menyebabkan perokok tegar sukar benar untuk meninggalkan tabiat keji ini.



Kenapa keji? Bayangkan situasi ini, sebuah kereta besar dan mewah yang lengkap dengan segala ciri keselamatan . Si bapa mengatakan, "tak mengapa kereta ini mahal, berbaloi demi keselamatan ahli keluarga", kata si bapa. Namun setelah beberapa ketika, badan mula rasa tak sedap, dibuka tingkap kereta yang automatik, sambil itu diletakkan sebatang rokok di bibir dan dengan selamba menyalakan api untuk rokok. Tambah parah lagi, semua ahli keluarga termasuk anak yang baru berusia beberapa bulan turut bersama di dalam kenderaan mewah yang penuh ciri "keselamatan" tersebut. Mohon dijauhkan dari perbuatan sebegini.


Jadi, bersamalah kita sama-sama berusaha untuk berhenti dan menghindari tabiat keji ini. Sekiranya kita ada kemahuan yang kuat, kita akan ditunjukkan jalannya.

Ke Arah Generasi Berakhlak Mulia.