Sertai survey untuk faedah bersama.
Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.
Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?
Khamis, 25 Februari 2010
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS
Pada hari ini, selesailah sudah Kursus Kepimpinan Pengawas SK Merbau 2010. Kursus ini telah dijayakan dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah, Lembaga Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kauseling SK Merbau Miri. Pelbagai pengalaman pahit manis, suka dan duka diharungi bersama diantara semua yang terlibat.
Pelbagai karekter ditunjukkan oleh pelajar, mencerminkan ketokohan kepimpinan dan kemampuan untuk menggalas amanah sebagai seorang pelajar, YANG AKAN MEMIMPIN PELAJAR. Kursus ini adalah satu medan untuk memberikan kemahiran memimpin kepada pengawas sekolah, selain itu untuk memilih calon dari kalangan pengawas tersebut untuk jawatan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas Lelaki dan Perempuan.
Butir-butir program adalah seperti berikut :
1. Tempat : Bilik AVA / Tapak Perhimpunan
2. Tarikh : 24 - 25 Febuari 2010
3. Masa : 0710 pg - 1230 tgh
4. Kos : Tiada
5. Personalia : GBK Zulizwan, GBK Zamri dan Cikgu Bahtiar
Secara umunya, kursus kepimpinan ini mencapai objektifnya seperti :
1. Membina hubungan antara pengawas-pengawas yang terdiri dari pelbagai lapisan umur ( 10 - 12 tahun )
2. Memupuk semangat setiakawan
3. Menggalakkan budaya kerja berpasukan
4. Menghayati nilai-nilai kepimpinan terutamanya kepimpinan melalui tauladan
5. Mendedahkan aspek cabaran-cabaran yang akan ditempuhi sebagai seorang pengawas
Isnin, 22 Februari 2010
Perisian Membuat Peta Minda
Kelebihan perisian Xmind ( buat peta minda )
1. Perisian percuma
2. Senang digunakan
3. Guru dan pelajar boleh gunakan samada untuk mengajar atau belajar
4. Mudah untuk di'edit' sekiranya nota dalam bentuk peta minda nak di'upgrade'
Klik link untuk download. Download adalah percuma. Untuk bengkel Study Smart, perisian ini juga akan digunakan agar pelajar lebih faham konsep peta minda. Sebelum itu, bagi yang selalu surf, jangan lupa download melalui link tersebut. Praktis dan buat di rumah. Selamat mencuba.
Selasa, 16 Februari 2010
Peta Minda
Peta Minda ! Kita ada macam-macam peta, peta dunia, peta rumah, peta balik kampung, peta kat tildam dan bantal ( umur 0 tahun - 12 tahun ), peta badan ( ehem-ehem ) dan untuk belajar kita guna peta minda, yup!. Minda pun boleh dipetakan.
Peta minda merupakan satu kaedah yang diperkenalkan oleh Tony Buzan, sekitar tahun 80-an. Maksudnya lama juga dah peta minda ni diamalkan. Peta minda adalah satu kaedah pembelajaran di mana ianya satu teknik yang menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran, terutamanya teknik membaca dan menganalisis maklumat. Maksud disini, sebelum membuat peta minda, kena baca dan memahami topik itu dulu. Kalau tidak difahami dulu, dikhuatiri caca marba ataupun lagi teruk, ilmu sesat yang dibuat!.
Peta minda mempermudahkan ulangkaji, meningkatkan ingatan terhadap topik yang dipelajari, menarik hati pembacanya dan menggalakkan penggunaan kedua-dua belah otak manusia kiri dan kanan ( otak manusia ada 2 bahagian, hemisfera kiri dan kanan, kiri untuk analitik proses, kanan pula untuk kreativiti ). Peta minda terdiri dari pelbagai warna, penggunaan imej dan kata kunci dan sedikit sahaja penerangan. Dijamin menarik perhatian minda yang melihat dan membacanya.
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah pun menjalankan program Klinik Study Smart dan akan disambung selepas habis cuti TBC, yang mana penekanan diberikan pada aspek membuat Peta Minda. Sekali lagi pelajar sekalian, proses sebelum membuat peta minda itu sendiri juga amat penting, peta minda cantik berwarna warni kurang membantu jika topik tersebut tidak difahami, seolah-olah buat sahaja tapi tiada tujuan. Tujuan peta minda adalah untuk memudahkan u/kaji, menjadikan u/kaji lebih menarik dan tidak membosankan.
Yang terakhir sekali, peta minda adalah untuk kegunaan diri sendiri terutamanya, maksud... peta minda khususnya mestilah boleh difahami oleh orang yang membuatnya, dan sekiranya orang lain tidak memahaminya, itu tidak menjadi hal, kerana yang penting yang membuat peta minda itu boleh memahaminya. Kalau orang lain juga boleh memahaminya, itu sudah jadi bonus dan yang membuat peta minda tersebut boleh dapat pahala. Tuhan tahu..
Program : Klinik Study Smart ( Peta Minda )
Tempat : Bilik AVA
Masa : M/P Elektif ( Feb - Mac )
Sasaran : Semua Pelajar Tahun 6 dan Tahun 5
Durasi : 2 jam ( 1 jam setiap slot )
Peta minda merupakan satu kaedah yang diperkenalkan oleh Tony Buzan, sekitar tahun 80-an. Maksudnya lama juga dah peta minda ni diamalkan. Peta minda adalah satu kaedah pembelajaran di mana ianya satu teknik yang menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran, terutamanya teknik membaca dan menganalisis maklumat. Maksud disini, sebelum membuat peta minda, kena baca dan memahami topik itu dulu. Kalau tidak difahami dulu, dikhuatiri caca marba ataupun lagi teruk, ilmu sesat yang dibuat!.
Peta minda mempermudahkan ulangkaji, meningkatkan ingatan terhadap topik yang dipelajari, menarik hati pembacanya dan menggalakkan penggunaan kedua-dua belah otak manusia kiri dan kanan ( otak manusia ada 2 bahagian, hemisfera kiri dan kanan, kiri untuk analitik proses, kanan pula untuk kreativiti ). Peta minda terdiri dari pelbagai warna, penggunaan imej dan kata kunci dan sedikit sahaja penerangan. Dijamin menarik perhatian minda yang melihat dan membacanya.
Kenangan semasa di Sekolah Menengah Sains Kuching. Kami dipadang hoki bagi melepaskan tekanan, kali pertama saya menghayun kayu hoki di padang hoki. Pendedahan saya pertama kali dengan peta minda adalah semasa bersekolah di sini, walaupun ianya hanya hitam putih dna bukan dibuat sendiri, tetapi saya percaya ada juga menyumbang kepada kejayaan saya dan juga rakan-rakan yang lain mencapai keputusan yang baik di dalam peperiksaan SPM 1997. -- Mana saya, carilah sendiri :)
Jadi, senang cerita, banyak kebaikan belajar dan mengulangkaji dengan menggunakan peta minda. Peta minda boleh digunakan dalam pelbagai m/pelajaran, yang penting fahami dulu topik yang nak di"peta minda"kan. Di sini kita lihat, proses sebelum membuat peta minda itu sendiri juga penting, -- tumpu perhatian dalam kelas-> tanya jika tak faham -> tanya lagi jika tak faham -> latihan dan ulangkaji ( jadual waktu belajar dipatuhi) -> membuat nota peribadi untuk u/kaji dan menguatkan ingatan ( peta minda )Unit Bimbingan dan Kaunseling telah pun menjalankan program Klinik Study Smart dan akan disambung selepas habis cuti TBC, yang mana penekanan diberikan pada aspek membuat Peta Minda. Sekali lagi pelajar sekalian, proses sebelum membuat peta minda itu sendiri juga amat penting, peta minda cantik berwarna warni kurang membantu jika topik tersebut tidak difahami, seolah-olah buat sahaja tapi tiada tujuan. Tujuan peta minda adalah untuk memudahkan u/kaji, menjadikan u/kaji lebih menarik dan tidak membosankan.
Yang terakhir sekali, peta minda adalah untuk kegunaan diri sendiri terutamanya, maksud... peta minda khususnya mestilah boleh difahami oleh orang yang membuatnya, dan sekiranya orang lain tidak memahaminya, itu tidak menjadi hal, kerana yang penting yang membuat peta minda itu boleh memahaminya. Kalau orang lain juga boleh memahaminya, itu sudah jadi bonus dan yang membuat peta minda tersebut boleh dapat pahala. Tuhan tahu..
Program : Klinik Study Smart ( Peta Minda )
Tempat : Bilik AVA
Masa : M/P Elektif ( Feb - Mac )
Sasaran : Semua Pelajar Tahun 6 dan Tahun 5
Durasi : 2 jam ( 1 jam setiap slot )
Labels:
kenangan sekolah,
mind map,
peta minda,
teknik belajar
Sabtu, 13 Februari 2010
Pusat Sumber ( Perpustakaan S.K Merbau Miri )
Barangsiapa yang belum ke pusat sumber sekolah, ish3X, ruginya kalian,. Semalam semasa menggunakan Pusat Akses, aku melintasi PS, dan pemandangan yang dilihat adalah satu yang amat menyedapkan mata. Aku perhatikan PS sekarang jauh berubah, lebih kemas dengan susun atur yang bukan sahaja menarik, tetapi juga praktikal.
Banyak poster motivasi tergantung, selain itu ada juga seri bunga plastik, bahan gantung-gantung yang entah apa pun aku tak tahu namanya tapi cantik, senang cerita memang teratur. Syabas kepada semua JK PS, terutamanya tulang belakang utama, C. Amzan, C. Nicholas dan C. Haminah. Aku benar-benar cemburu ( cemburu baik ) atas usaha kalian, unit bk mesti ikut dan contohi.
Jadi kepada semua, baik pelajar mahupun guru-guru, gunakan peluang ini sebaiknya. Persekitaran yang kondusif, menarik dan selesa boleh membantu prestasi masing-masing. Aku teringat sekolah lama aku, SRK Batu Lintang Kuching, mana ada benda-benda ni semua. Aku kenal perpustakaan pun atas jasa baik mak bapak yang selalu bawak kami 4 beradik ke perpustakaan awam kuching ( dekat ngan Wisma Hopoh, teringat cerita Menti Si Tikus Merah, adik aku kalau g sana entah kenapa mesti pinjam buku tu).
Pendedahan kepada pelbagaian bahan bacaan akan menjadikan minda mempunyai ilmu yang pelbagai, merentasi pelbagai topik. Guru-guru terutamanya boleh menjadikan ini sebagai modal tidak nampak, yang boleh memnperkayakan diri dan pelajar dengan ilmu. Yalah, pelajar ni, kadang kala semasa belajar perlu bahan sokongan , apatah lagi kalau perkara tersebut tiada dalam buku teks.
Jadi, semua jom pergi ke PS jika berkelapangan. Difahamkan bahawa PS akan dibuka masa rehat dan sekarang dah wujud jawatan pengawas pusat sumber untuk melancarkan urusan berkenaan pinjaman dan pemulangan buku. Semestinya ini satu perkhidmatan yang menjanjikan pelajar dengan pengalaman pembelajaran berdikari dan memupuk budaya membaca.
ps:/ digalakkan supaya kita membaca buku sekurang-kurangnya 2 buah sebulan. 1 tahun dah 24 buah.
Ke Arah Bangsa Malaysia Berilmu"
Kecekalan
Buat pertama kali dalam sejarah aku tinggal di Permy Jaya, Aku mengikuti rakan-rakan masjid ( yang ramai aku tak kenal namanya melainkan 2 orang ) bertadarus Al-Quran. Sesuatu yang agak janggal, kerana lazimnya baca sorang-sorang kat rumah. Tapi dengan bertadarus, ada yang boleh tolong semakkan bacaan, kalau baca sendiri 100% kena bergantung sepenuhnya dengan warna tajwid ( model Al- Quran bertajwid ).
Apa yang menarik nak ku kongsikan adalah berkenaan dengan salah seorang jemaah yang turut serta. Dari segi umur, jauh senior dan lebih tua dari aku. Aku mengaguminya bukan kerana ketuaannya, bahkan pada sikapnya yang positif di dalam proses pembelajaran tersebut.
Rakan ini umurnya jauh lebih tua, bahkan dah agak lama pencen, tetapi semangat belajarnya membuatkan aku menghormatinya, waduh, tak putus asa beb. Banyak benar salahnya semasa membaca, tetapi kecekalannya mengatasi dan mempelajari kesalahan tersebut aku puji dan aku berazam untuk contohi. Ramai di antara kita amalkan malu tak bertempat, tapi tidak bagi rakanku yang seorang ini. Teringat aku pada satu ilmu yang pernah aku baca, mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, pahalanya lebih berbanding mereka yang membaca selesa dan tartil (bukan bermaksud boleh baca cincai boncai ya), maksudnya disini jika seseorang itu berusaha untuk mempelajari ilmu tersebut dengan susah payah, ganjaran besar menantinya.
Jadi kita ni, yang muda, masih kuat, labih-lebih lagi dikurniakan dengan akal yang cerdas dan teknologi yang canggih, seharusnya menggunakan peluang ini sebaiknya untuk menuntut dan mempertajamkan ilmu dan kemahiran dengan cekal dan istiqamah ( berterusan ).
Harta makin guna makin habis, ilmu semakin diguna bukan sahaja menjadikan kita lebih lebih baik (pakar), tetapi memberikan kita pahala dan kebaikan yang akan dibalas baik oleh Tuhan. Berusahalah dan jangan putus asa.
Khamis, 11 Februari 2010
Program Kesedaran Gangguan Seksual
Program pertama tahun ini dimulakan dengan Program Kesedaran Gangguan Seksual, anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Merbau Miri. Program ini meliputi ceramah selama satu jam dan sesi soal jawab bersama pelajar. Ia diadakan dalam 2 fasa, fasa pertama untuk pelajar perempuan ( thn 3-6 ) dan fasa kedua pula untuk pelajar lelaki ( thn 3-6 ).
Objektif utamanya ialah untuk memberikan pendedahan kepada golongan sasaran akan aspek gangguan seksual yang mungkin berlaku bukan sahaja di luar, tetapi juga di dalam sekolah. Zaman sekarang, pelaku mungkin terdiri dari pelbagai peringkat umur, dan mungkin pelaku sendiri tidak sedar perlakuannya adalah satu gangguan seksual.
Pelajar didedahkan dengan takrifan, contoh-contoh gangguan, apa yang boleh dilakukan oleh mangsa dan saluran aduan mangsa, terutama sekiranya ia berlaku di sekolah.
Tarikh : 2-5 Febuari 2010 , 1-5 MAc 2010
Tempat : Bilik Muzik
Durasi : 1 jam
Langgan:
Catatan (Atom)