Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Selasa, 9 Ogos 2011

Soalan Kuiz Kemerdekaan

Soalan Kuiz Kemerdekaan 2011

1. Apakah tema sambutan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini ( 2011 )?

2. Bilakah tarikh Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan nama Jalur Gemilang?

3. Siapakah yang melaungkan pengisytiharan “Merdeka” pada 31 Ogos 1957?

4. Berapakah jalur yang terdapat di Bendera Malaysia?

5. Bilakah Hari Malaysia disambut ?

6. Wawasan 2020 telah dilancarkan oleh...

7. Rukunegara mempunyai 5 prinsip. Nyatakan prinsip ketiga.

8. …………………dibina untuk memperingati pejuang-pejuang yang gugur semasa mempertahankan negara kita.

9. Siapakah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Pertama?

10. Bilakah tarikh Tunku Abdul Rahman dilahirkan?

11. Siapakah pelayar Malaysia yang pertama mengelilingi dunia?

12. Siapakah pemain skuasy yang Berjaya mengharumkan nama Negara hingga ke peringkat dunia?

13. Pereka bendera Malaysia ialah?

14. Apakah maksud bagi warna biru yang terdapat pada bendera Negara kita?

15. Siapakah perdana menteri Malaysia yang dikenali sebagai bapa pembangunan?

16. Perdana menteri kelima ialah…

17. Siapakah angkasawan pertama Malaysia?

18. Apakah bangunan berkembar tertinggi di dunia?

19. Tiang bendera tertinggi di Malaysia terletak di?

20. Pengistiharan kemerdekaan yang rasmi kali pertama diadakan di?

21. Apakah slogan bagi gagasan 1 Malaysia ?

22. Bumi Kenyalang merujuk kepada negeri?

23. Berikan nama penuh timbalan perdana menteri kita sekarang.

24. Bendera Malaysia juga dikenali dengan nama …

25. Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah bagi kali yang ke- ……. ?


Semarak Patriotisme Negara



Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan bagi kali yang ke-54, pihak sekolah dan juga Unit B&K menganjurkan pelbagai aktiviti. selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-54 !

Aktiviti-aktiviti :

1. Pertandingan Keceriaan dan Patriotisme Kelas
2. Kuiz Kemerdekaan SK Merbau 2011
3. Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat S.K Merbau 2011



Sabtu, 9 Julai 2011

Program Harapan UPSR 2011

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Program : Program Harapan UPSR 2011
Tarikh : 4 Julai - 8 Julai 2011
Personalia : Guru Bimbingan & kaunseling dan Panitia M/P Teras ( BM, BI, MATH, dan SNS )

Ringkasan
Program diadakan bertujuan untuk meningkatkan peratusan kelulusan keseluruhan pelajar bagi 4 matapelajaran teras iaitu BM, BI, Math dan SNS.

Rabu, 18 Mei 2011

Program : Cinta Monyet

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bermula pada tarikh 18 hingga 19 Mei , Unit B&K SK Merbau Miri akan mengadakan siri ceramah berkenaan topik "Cinta Monyet". Objektif utama ialah bagi memberikan input kepada pelajar mengenai tajuk tersebut merangkumi sebab, contoh gejala berkaitan dengannya dan tindakan positif pelajar. Golongan sasaran ialah pelajar Tahun 4 dan Tahun 5.

Cinta yang OK :

1. Cinta kepada Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa
2. Cinta kepada Nabi dan Rasul
3. Cinta kepada ILMU
4. Cinta kepada diri sendiri dan keluarga

Akhir kalam, bercinta biarlah menuju kepada mencari keredaan dari Tuhan.

Ahad, 24 April 2011

Jadual Waktu Belajar

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

( Tulisan di bawah adalah bagi pelajar yang ada jadual belajar peribadi, tetapi susah nak ikut )
Sumber : http://www.ketam.pja.my

Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!

Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.

Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik. Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.

Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.

Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan, kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak cepat habis.

Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main “game”. Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah jadual secara tidak terancang boleh digunakan.

Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis. Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari. Jangan lebih atau kurang.

Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3 sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.


Rabu, 6 April 2011

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

:
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

Tarikh : 9 April
Tempat : Dewan Serbaguna IKBN Miri
Masa : 7.15 - 1.30 petang
Jemputan : Ibubapa Pelajar Tahun 6/2011

Ringkasan :

Program ini adalah satu projek usahasama yang terdiri dari PIBG, ibubapa dan juga guru-guru di dalam merealisasikan sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga aspek sahsaiah selaras dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah contoh menjelang tahun 2012. Sasaran utamanya khusus menjurus kepada peningkatan prestasi UPSR 2011, namun tidak lupa juga aspek lain seperti emosi, rohani, dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara.

Ringkasan pengisian program bolehlah merujuk kepada surat yang telah disampaikan melalui anak/murid Tahun 6/2011 masing-masing.


Keputusan Penyertaan Pertandingan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Secara ringkasnya, berikut ialah prestasi penyertaan SK Merbau di dalam pertandingan yang disertai dalam tempoh 2 minggu yang lepas ( 21 Mac - 1 April 2011 )

  1. Pertandingan Bola Sepak : Johan
  2. Pertandingan Bola Jaring : Johan
  3. Pertandingan Choral Speaking : Tempat ke-2
  4. Pertandingan Sepak Takraw : Tempat ke-3
  5. Kejohanan Olahraga Bahagian Miri : Tempat ke-5

Kejayaan milik kita bersama.

Penyertaan yang diakhiri dengan penyudahan yang hebat dan membanggakan.

Ahad, 27 Mac 2011

Karnival Sukan MSSR Miri-Bakong


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Aktiviti yang akan berlangsung pada tarikh 31 Mac hingga 1 April 2011 ialah Karnival Sukan MSSR bahagian Miri-Bakong. Dalam kita bersukan, jangan lupa tanggungjawab utam iaitu menuntut ilmu. Akhir kalam, 'may the best team win'.

p/s Bagi pelajar yang beragama Islam, jangan lupa membawa telekung ataupun pakaian untuk bersolat. Biar cemerlang dunia dan akhirat. Wassalam.

Jumaat, 4 Mac 2011

Ilmu dan KITA






Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Ramai pelajar yang hadir ke sekolah,dan biarlah hadir dengan niat yang betul, iaitu untuk menuntut ilmu. Faedah ilmu ada yang dapat kita kecapi sekarang ini, dan ada juga memerlukan masa agar hasilnya boleh dituai dengan lebih baik malah mungkin lebih banyak.

Contoh ilmu yang boleh dikecapi sekarang ialah seperti ilmu membaca dan mengira. Sebelum ini, mungkin ramai di kalangan pelajar tidak boleh membaca dan mengira, namun berkat usaha sendiri, guru dan kurniaan Ilahi, sekarang kebanyakan dari pelajar mampu membaca dan mengira. Kemampuan untuk membaca dan mengira amat penting bagi memperoleh ilmu dan kemahiran baru, bahkan kita langsung terus menggunakannya dalam kehidupan seharian, seperti menulis nama sendiri dan juga ilmu mengira semasa membeli makanan di kantin sekolah. :)



Anda sekarang. COMEL kan?


10 - 12 tahun akan datang. Bayangkan dan REALISASIKAN !


Contoh faedah ilmu yang hanya boleh kita kecapi pada masa akan datang pula ialah pekerjaan yang kita akan jawat kelak. Samada bekerja sendiri, bekerja di sektor swasta mahupun sektor kerajaan, pendapatan kita kelak akan berkadar langsung dengan ilmu yang kita ada. Lebih tinggi ilmu kita, maka lebih tinggi jugalah perolehan pendapatan dan kepuasan dari pekerjaan kita. Bagi mereka yang bekerja sebagai doktor dan jurutera, beza pendapatan mereka adalah amat besar berbanding mereka yang hanya bekerja sebagai pekerja am atau lain-lain pekerjaan berjawatan rendah. Semuanya menjanjikan pendapatan yang halal, tetapi yang berpendapatan tinggi sudah tentu boleh memberikan keluarga mereka keperluan yang terbaik dari segi kebendaan dan jangan lupa juga keperluan rohani ! :)

Jadi, hadirlah ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas, kerana sekolah adalah salah satu tempat kita menimba ilmu, dan tempat dimana seseorang itu boleh melakar sejarah baru di dalam keluarganya.

Selasa, 25 Januari 2011

Kebersihan Mencerminkan Jiwa Kita





Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Hari Isnin lepas, Guru Besar bercakap panjang lebar mengenai tabiat buruk sebilangan pelajar. Tabiat buruk itu ialah tabiat membuang sampah "di atas tong sampah". Ini jelas mencerminkan budaya tergesa-gesa dan malas yang ada dalam diri kita. Apa nak buat?

Get rid of it ! :)

Gambar hiasan : Di SK Merbau, kita juga mempunyai tong sampah seperti di dalam gambar dan juga tong sampah "klasik" warna hitam.


Menitikberatkan kebersihan mencerminkan hati dan jiwa kita yang bersih. Bila jiwa bersih, maka kita sudah 80% bahagia.

Bagaimana kita boleh menanamkan tabiat positif menghargai kebersihan ialah dengan membiasakan diri MENGUTIP, dan MEMASUKKAN SAMPAH KE DALAM tong sampah. Straight and Simple ! .


Fokus Dan Memberi Perhatian

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bagaimana untuk belajar di dalam kelas ?

Pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Caranya, pelajar perlu mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap perkara yang diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan guru tentang sesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran.

Itu sahaja untuk post kali ini. Pelajar semua boleh cuba dan kita berjumpa lagi pada pagi Isnin untuk demonstrasi serta latihan umum. :) Hope that i will not forget my whistle.

Ahad, 16 Januari 2011

Tahun 2011

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Lebih 2 minggu sesi persekolahan 2011 telah berlalu. UBK SK Merbau mengalukan kehadiran pelajar yang pastinya telah puas bercuti dan hadir dengan minda dan badan yang segar bugar. Tahun baru adalah saat ramai insan akan memasang azam baru, semestinya untuk menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya. Selamat bersekolah, dan raih cita-citamu.

Kita mungkin akan tersadung ataupun terjatuh, tapi kita perlu bangun dan teruskan usaha.

Jumaat, 15 Oktober 2010

Majlis Anugerah dan Penyampaian Sijil


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Makluman untuk semua warga SK Merbau Miri. Pada hari Sabtu, 23 Oktober 2010 kelak akan diadakan Majlis Anugerah dan Penyampaian Sijil 2010. Surat jemputan akan diedarkan kepada ibubapa bagi pelajar-pelajar yang akan menerima anugerah tersebut.


Satu Tekad. Satu Misi. Satu Wawasan

Selasa, 12 Oktober 2010

Ujian Minat Kerjaya Holland

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,


Pertamanya diucapkan tahniah kepada semua warga SK Merbau Miri, terutamanya kepada para pelajar atas kejayaan penganjuran Jogaton dan Jualan Amal PIBG SK Merbau Miri yang telah diadakan pada 9 Oktober 2010 yang lepas. Biarpun hujan renyai-renyai, semua yang terlibat terutamanya pelajar tetap bersemangat menjalankan aktiviti masing-masing. Semoga aktiviti ini menjadikan kita insan yang suka dan ikhlas beramal.

Pada hari Isnin, 11 Oktober 2010, UBK telah menjalankan ujian kerjaya Holland bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar akan bidang kecenderungan masing-masing ( minat dan kerjaya ) . Bagi pelajar-pelajar tahun 6 ( mereka yang telah / pernah menduduki ), berikut ialah penerangan ringkas mengenai hasil ujian tersebut.


Holland Codes memecahkan jenis personaliti kepada ENAM(6) kategori utama iaitu :

1. Realistic - They like to work with THINGS.

2. Investigative - They like to work with DATA.

3. Artistic - They like to work with IDEAS and THINGS.

4. Social - They like to work with PEOPLE.

5. Enterprising - They like to work with PEOPLE and DATA.

6. Conventional - They like to work with DATA.

Semoga ianya membantu di dalam memilih bidang yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.


Huraian Terperinci.

Keterangan Ciri-Ciri Berdasarkan Ujian Kerjaya Holland

Ciri-Ciri REALISTIC
-> practical, physical, hands-on, tool-oriented
* Likes to work with animals, tools, or machines; generally avoids social activities like teaching, healing, and informing others;
* Has good skills in working with tools, mechanical or electrical drawings, machines, or plants and animals;
* Values practical things you can see, touch, and use like plants and animals, tools, equipment, or machines; and
* Sees self as practical, mechanical, and realistic.


Ciri-Ciri INVESTIGATIVE
-> analytical, intellectual, scientific, explorative
* Likes to study and solve math or science problems; generally avoids leading, selling, or persuading people;
* Is good at understanding and solving science and math problems;
* Values science; and
* Sees self as precise, scientific, and intellectual.


Ciri-Ciri ARTISTIC
-> creative, original, independent, chaotic
* Likes to do creative activities like art, drama, crafts, dance, music, or creative writing; generally avoids highly ordered or repetitive activities;
* Has good artistic abilities -- in creative writing, drama, crafts, music, or art;
* Values the creative arts -- like drama, music, art, or the works of creative writers; and
* Sees self as expressive, original, and independent.


Ciri-Ciri SOCIAL
-> cooperative, supporting, helping, healing/nurturing
* Likes to do things to help people -- like, teaching, nursing, or giving first aid, providing information; generally avoids using machines, tools, or animals to achieve a goal;
* Is good at teaching, counseling, nursing, or giving information;
* Values helping people and solving social problems; and
* Sees self as helpful, friendly, and trustworthy.


Ciri-Ciri ENTERPRISING
-> competitive environments, leadership, persuading
* Likes to lead and persuade people, and to sell things and ideas; generally avoids activities that require careful observation and scientific, analytical thinking;
* Is good at leading people and selling things or ideas;
* Values success in politics, leadership, or business; and
* Sees self as energetic, ambitious, and sociable.


Ciri-Ciri CONVENTIONAL
-> detail-oriented, organizing, clerical
* Likes to work with numbers, records, or machines in a set, orderly way; generally avoids ambiguous, unstructured activities
* Is good at working with written records and numbers in a systematic, orderly way;
* Values success in business; and
* Sees self as orderly, and good at following a set plan.


Contoh-contoh Pekerjaan Berdasarkan Ujian Kerjaya Holland

Contoh Kerjaya REALISTIC
* Agriculture
* Archaeology
* Architect
* Astronaut
* Athlete
* Chef
* Computer science
* Driver
* Electrical engineering
* Engineer
* Firefighter
* Gardener
* Information technology
* Instructional technology
* Martial arts
* Mechanic/Automobiles
* Mechanical engineering
* Paramedic
* Pharmacy
* Physical therapy
* Pilot
* Veterinarian
* Police Officer


Contoh Kerjaya INVESTIGATIVE
* Actuary
* Computer science
* Economist
* Engineer
* Finance
* Lawyer
* Mathematics
* Pharmacy
* Physician/Medical school
* Professor (all fields)
* Psychologist
* Psychiatrist
* Science
* Statistics
* Surgeon


Contoh Kerjaya ARTISTIC
* Actor/Performance
* Animation
* Art therapy
* Artist
* Author/ Poet
* Dance therapy
* Expressive therapy
* Graphic designer
* Library and information science
* Music therapy
* Musician
* Painter


Contoh Kerjaya SOCIAL
* Art therapy
* Audiologist
* Babysitter
* Caretaker
* Counselor
* Dance therapy
* Education
* Instructional technology
* Martial arts
* Music therapy
* Nurse
* Nutritionist
* Physician
* Professor
* Psychologist
* Social Work
* Teacher
* Theology
* Trainer (Industry)
* Speech-Language Therapist
* Occupational Therapist


Contoh Kerjaya ENTERPRISING
* Administration
* Academic administration
* Business/MBA
* Communications
* Insurance
* Investment Banker
* Journalism
* Law / Politics
* Marketing / Advertising
* Management
* Management Consultant
* Public Health
* Publishing
* Public relations
* Public policy
* Real Estate
* Retail
* Stockbroker
* Salesmen


Contoh Kerjaya CONVENTIONAL
* Accountant
* Actuary
* Administration
* Academic administration
* Banking/ Investment bank
* Business/MBA
* Clerk
* Copy Editing
* Instructional technology
* Payroll
* Proofreader
* Receptionist
* Retail
* Secretary
* Technical writer

Rabu, 6 Oktober 2010

Jogaton dan Jualan Amal

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,


Buat julung kalinya, SK Merbau Miri akan menganjurkan larian jogaton dan jualan amal. Aktiviti ini atas usaha PIBG dengan kerjasama semua warga SK Merbau Miri. Butir-butir mengenai aktiviti ini adalah seperti berikut :

Aktiviti : Jualan Amal
Tarikh : Sabtu, 9 Oktober 2010
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Ringkasan aktiviti adalah larian jogaton yang akan dirasmikan oleh YB Datuk Lee Kim Shin, dan jualan amal yang dikendalikan oleh guru-guru dan juga sebilangan pelajar. Terdapat 15 gerai yang akan dibuka dengan pelbagai juadah dan barang yang akan dibuka.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan dan memberi sokongan kepada aktiviti amal yang julung-julung kali diadakan ini.

- Satu Tekad, Satu Misi dan Satu Wawasan -

Rabu, 26 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Alhamdulillah sambutan hari guru peringkat sekolah bagi SK Merbau Miri telah pun berjaya dilaksanakan. Majlis yang diadakan pada tanggal 25 Mei 2010 biarpun sederhana, namun InsyaAllah mampu meninggalkan seribu satu kenangan baik pada diri pelajar mahupun para guru-guru.

Majlis dimulakan pada jam 2.00 petang, dan berakhir kira-kira jam 6 petang selepas jamuan ringan untuk guru-guru. Pengisian untuk sambutan ini diserikan dengan persembahan koir, nyanyian dan sketsa oleh pelajar.



Selasa, 13 April 2010

Belajar Secara Berkumpulan ( Study Group )

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Di sini saya nak berkongsi ilmu mengenai pembelajaran berkumpulan ( study group ). Saya bersekolah di sekolah menengah ( 1996-1997 ) dan jujurnya, disini saya banyak belajar akan teknik-teknik yang efisien untuk belajar. Ada diantaranya yang saya sedar, ada juga yang tidak. Tetapi yang paling penting, ianya menyumbang kepada apa yang saya capai pada hari ini.


Salah satu yang saya ingat adalah "study group" atau pembelajaran berkumpulan. Setelah penat mengulangkaji berseorangan, saya akan release sedikit ketegangan dengan berbual. Bukan berbual kosong, tetapi mencari kumpulan yang saya selesa, terdiri dari rakan-rakan yang ngam yang sedang membincangkan sesuatu. Bagi saya, alang-alang rileks, baik rileks sambil mendengar ilmu.

Apabila seseorang berbincang, akan berlaku pertukaran ilmu dari seorang individu kepada individu yang lain, sepertimana seorang guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid. Bezanya kali ini lebih santai, kerana rakan yang menyampaikan. Kita lebih bersikap menerima dan terbuka, al-maklumlah, cikgu rata-ratanya mempunyai personaliti yang tidak secocok dengan umur kita.

Perbincangan sebegini mengukuhkan pemahaman dan meningkatkan daya ingatan. Masakan tidak, apabila semasa kita memanggil semula maklumat yang diperlukan untuk peperiksaan terutamanya, bukan sahaja fakta mengenai ilmu tersebut yang kita recall, tetapi siap dengan "videoklip" perbincangan dengan rakan ( study group ) yang pernah kita ikuti.

Jadi, bentuk study group anda. Baca artikel di bawah untuk pemahaman yang lebih lanjut.

************************************************************************************

Belajar Berkumpulan
by Cikgu Cyber

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan didalam ingatan? Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakan tersebut?.
letih
Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidak sistematik.

Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum. Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar a yang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan menjadi hanya proses ingatan jangka pendek. Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba mangingat. Apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.
Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat. Nombor kad pengenalan yang kita ingati itu adalah proses ingatan jangka panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti nombor telefon rumah sendiri, nombor telefon rumah teman rapat, warna kereta dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita. Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat diperlukan.

Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran pembelajaran yang berkesan.
Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain. Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar cara untuk belajar. Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.

Teknik Belajar


Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular
di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.

Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh
dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" atau menyemarakkan idea. Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran dengannya berfikir.

Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.
Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk. Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

5. Penumpuan semasa ahli membentang. Penglibatan semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. Janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Penghormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

6. Bersoal jawab. Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengar kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.

7. Agihkan bahan.
Di dalam belajar berkumpulan, lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. Ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian tajuk-tajuk.

Kesimpulan

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.


K = Kerjasama diperlukan

U = Untuk semua ahli

M = Mesra menjadi faktor penting

P = Prihatin kepada setiap ahli

U = Ulangkaji terlebih dahulu

L = Laksanakan sebaik mungkin

A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi


Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

sumber dari http://tutor.layar.net/mod/forum/discuss.php?d=8

Kebanggaan SK Merbau Miri

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Ruangan ini khusus didedikasikan kepada wira dan wirawati SK Merbau yang telah pun mengharumkan nama sekolah di dalam kejohanan yang disertai.

1. Pasukan Bola Baling Sekolah ( tempat ke-3 Kejohanan Bola Baling sekolah Rendah Daerah Miri )

Skuad bola baling SK Merbau 2010


2. Wakil sekolah pertandingan hafazan ( Siti Musliha - Tempat 1 kategori perempuan, wakil bahagian Miri kelak, Mohd. Muslim - Tempat 2 kategori lelaki )

Pasangan adik-beradik yang mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan hafazan


P/S :Tahniah kepada semua guru-guru yang terlibat secara lansung dan tidak lansung khususnya cikgu Mahzan, Bahtiar, Ustazah Ilyana dan Mas Ayu serta GP Ustaz Faiz dan Nizam.

KEMPEN : Bahaya Rokok dan Dadah




Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bermula pada minggu ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Merbau Miri akan menganjurkan kempen "Bahaya Rokok dan Dadah". Usaha ini bagi membanteras penularan tabiat buruk rokok yang amat membimbangkan dewasa ini. Gejala ini diharapkan akan mampu menyokong usaha kerajaan di dalam membanteras gejala penagihan dadah yang seringkali menghiasi dada akhbar saban hari.


Rokok adalah pembunuh senyap yang mana amat mudah menyelinap masuk dalam keluarga kita. Bahaya rokok tiada siapa yang menafikannya, tetapi ini tidak menghalang sejumlah besar perokok untuk meneruskan tabiat yang merugikan ini. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh nikotin yang terdapat di dalam rokok. Nikotin ini umpama "dadah yang dibenarkan", kesannya melumpuhkan atau merosakkan fungsi-fungsi saraf, yang mana ini memberikan kesan "kelegaan yang palsu" kepada yang "menikmati" rokok. Inilah yang menyebabkan perokok tegar sukar benar untuk meninggalkan tabiat keji ini.



Kenapa keji? Bayangkan situasi ini, sebuah kereta besar dan mewah yang lengkap dengan segala ciri keselamatan . Si bapa mengatakan, "tak mengapa kereta ini mahal, berbaloi demi keselamatan ahli keluarga", kata si bapa. Namun setelah beberapa ketika, badan mula rasa tak sedap, dibuka tingkap kereta yang automatik, sambil itu diletakkan sebatang rokok di bibir dan dengan selamba menyalakan api untuk rokok. Tambah parah lagi, semua ahli keluarga termasuk anak yang baru berusia beberapa bulan turut bersama di dalam kenderaan mewah yang penuh ciri "keselamatan" tersebut. Mohon dijauhkan dari perbuatan sebegini.


Jadi, bersamalah kita sama-sama berusaha untuk berhenti dan menghindari tabiat keji ini. Sekiranya kita ada kemahuan yang kuat, kita akan ditunjukkan jalannya.

Ke Arah Generasi Berakhlak Mulia.

Ahad, 11 April 2010

Fakta Kismis

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu? Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.

Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kebaikan Buah Kismis

  • Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrasi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot.
  • Kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan. Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.
  • Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.
  • Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.
  • Stroobant yang mempunyai saluran masakan sendiri di Asian Food Chanel siaran Astro, berkata buah anggur yang dikeringkan menjadi kismis itu mungkin kecil saiznya dan selalunya tidak bersifat menonjol, tetapi buah yang kecil itu sebenarnya penuh dengan zat semula jadi serta kaya khasiat yang diperlukan badan manusia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Sumber: Berita Harian
  • “Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria. Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah
  • Secara ringkas nya kebaikan KISMIS ialah ia dapat menyerap kahak, menyejukkan perut, mencerdaskan minda, meneutralkan kandungan air kencing, servis kerongkong, hilangkan penyakit hempedu, menguatkan sistem penghadaman, menguatkan saraf, menambahkan tenaga fizikal menguatkan jantung- Ingat ! KISMIS (dari Anggur adalah makanan para ahli Syurga)
artikel dari : http://www.smartkoko.com/Rahsia%20SmartCoco.html