Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Rabu, 18 Mei 2011

Program : Cinta Monyet

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bermula pada tarikh 18 hingga 19 Mei , Unit B&K SK Merbau Miri akan mengadakan siri ceramah berkenaan topik "Cinta Monyet". Objektif utama ialah bagi memberikan input kepada pelajar mengenai tajuk tersebut merangkumi sebab, contoh gejala berkaitan dengannya dan tindakan positif pelajar. Golongan sasaran ialah pelajar Tahun 4 dan Tahun 5.

Cinta yang OK :

1. Cinta kepada Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa
2. Cinta kepada Nabi dan Rasul
3. Cinta kepada ILMU
4. Cinta kepada diri sendiri dan keluarga

Akhir kalam, bercinta biarlah menuju kepada mencari keredaan dari Tuhan.

Ahad, 24 April 2011

Jadual Waktu Belajar

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

( Tulisan di bawah adalah bagi pelajar yang ada jadual belajar peribadi, tetapi susah nak ikut )
Sumber : http://www.ketam.pja.my

Tak perlu buat jadual profesional dan anda memang tak akan ikut. Dalam hidup ini, saya sudah buat berpuluh-puluh jadual tetapi tak ikut dan dapat belajar satu jadual yang berkesan kalau mahu A dalam peperiksaan. Oleh itu, saya dapat tunjukkan satu jadual yang anda mesti ikut dan jangan guna mana-mana jadual selain yang saya buat!

Saya cadangkan waktu siang anda buat kerja sekolah dan latihan. Manakala dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam baca buku untuk mana-mana subjek 30 minit. Jangan lupa makan malam dan sembahyang! Inilah antara yang diamalkan setiap hari oleh seorang yang dapat semua A bagi semua subjek. Saya cadangkan jangan ikut cara belajar yang lain, nanti anda akan pening. Cukup apa yang saya cadangkan.

Masa siang boleh buat apa-apa yang berkaitan dengan sekolah dan malam untuk belajar peribadi. Pagi pukul berpa pun atau lepas subuh cuba baca subjek yang memang perlu hafal seperti Sejarah dan Biologi. Kalau petang itu sebaiknya buatlah matematik. Saya rasa matematik amat mudah walaupun saya tak suka matematik. Saya dapat kuasai matematik dalam masa singkat dengan membuat soalan tahun lepas dan soalan percubaan, mungkin sebulan atau beberapa minggu sahaja sudah boleh mahir matematik. Jadi, ini merupakan bonus supaya anda dapat ulangkaji subjek lain yang lebih susah.

Macam subjek Fizik dan Kimia, saya tidak buat apa-apa pun untuk persediaan peperiksaan kerana terlampau tidak minat. Tetapi, walaupun saya sangat tidak suka matematik, saya tetap ulangkaji. Ini bermakna, walau apa pun subjek yang anda tidak suka, masih boleh dapat A jika anda mengulangkaji.

Sekali lagi saya ingatkan supaya siang buat aktiviti berkaitan sekolah sama ada sukan, kelas tambahan atau kerja sekolah. Manakala malam baca buku setengah jam bagi mana-mana subjek dari pukul 8 malam hingga 10 malam dan tidur. Awal pagi esok hafal apa yang patut dihafal. Dalam masa setengah jam saya cadangkan bagi setiap subjek 1 muka surat atau 1 helai.Kemudian buat latihan atau menulis nota atau menghafal. Walaupun peperiksaan anda makin dekat. Buat seperti yang saya suruh dan tak perlu kalut baca nak cepat habis.

Kalau anda baca buku 5 minit,tulis nota 5 minit, hafal, 5 minit, buat latihan 5 minit. Anda akan ada baki 10 minit lagi, suka hati anda hendak buat apa, tengok televisyen atau main “game”. Kalau anda tengok televisyen pun, adakah anda boleh cerita semua yang anda tonton kepada saya? Mesti anda tak ingat rancangan televisyen yang anda tonton minggu lepas? Jadi, jangan tamak nak tengok filem sampai pukul 12 tengah malam.Adakah anda boleh cerita filem yang anda lihat 1 bulan yang lepas? Menonton televisyen sekadar seronok sahaja, tak perlu tengok sampai habis. Lagipun akan ada iklan 5 minit dan menjadi 10 minit atau 15 minit. Anda boleh guna waktu itu untuk baca buku. Inilah jadual secara tidak terancang boleh digunakan.

Bagaimana dengan hari cuti 2 hari seminggu? Buat kerja sekolah samapi habis. Kemudian tengok televisyen atau apa saja. Kemudian baca buku macam hari biasa. kalau malam ini ada filem sampai pukul 12 tengah malam. Anda patut baca buku siap-siap bagi ganti pukul 8 malam hingga 10 malam dan boleh juga baca pada setiap iklan. Anda juga perlu tidur siap-siap 2 jam semasa tengah hari. Ingat anda perlu tidur 7 atau 8 jam sehari. Jangan lebih atau kurang.

Nak makan apa? Orang yang pandai pun makan nasi sama macam kita juga. Kalau suka sayur kubis jangan makan sayur yang tak suka. Makan sederhana saja. Nak makan ayam pun boleh. Bersukan? Saya hari-hari naik turun tangga banyak kali dan rasanya tak perlu senam lagi.Naik tangga masa di sekolah dan naik tangga untuk ke rumah saya di tingkat 3 sambil menggalas buku-buku di dalam beg. terpulanglah kepada anda hendak buat apa untuk bersenam. Jalan kaki pergi dan balik masjid lebih bagus.


Rabu, 6 April 2011

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

:
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Majlis Permuafakatan Waris, Guru dan Pelajar Tahun 6/2011

Tarikh : 9 April
Tempat : Dewan Serbaguna IKBN Miri
Masa : 7.15 - 1.30 petang
Jemputan : Ibubapa Pelajar Tahun 6/2011

Ringkasan :

Program ini adalah satu projek usahasama yang terdiri dari PIBG, ibubapa dan juga guru-guru di dalam merealisasikan sasaran kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga aspek sahsaiah selaras dengan visi sekolah untuk menjadi sekolah contoh menjelang tahun 2012. Sasaran utamanya khusus menjurus kepada peningkatan prestasi UPSR 2011, namun tidak lupa juga aspek lain seperti emosi, rohani, dan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara.

Ringkasan pengisian program bolehlah merujuk kepada surat yang telah disampaikan melalui anak/murid Tahun 6/2011 masing-masing.


Keputusan Penyertaan Pertandingan

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Secara ringkasnya, berikut ialah prestasi penyertaan SK Merbau di dalam pertandingan yang disertai dalam tempoh 2 minggu yang lepas ( 21 Mac - 1 April 2011 )

  1. Pertandingan Bola Sepak : Johan
  2. Pertandingan Bola Jaring : Johan
  3. Pertandingan Choral Speaking : Tempat ke-2
  4. Pertandingan Sepak Takraw : Tempat ke-3
  5. Kejohanan Olahraga Bahagian Miri : Tempat ke-5

Kejayaan milik kita bersama.

Penyertaan yang diakhiri dengan penyudahan yang hebat dan membanggakan.

Ahad, 27 Mac 2011

Karnival Sukan MSSR Miri-Bakong


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Aktiviti yang akan berlangsung pada tarikh 31 Mac hingga 1 April 2011 ialah Karnival Sukan MSSR bahagian Miri-Bakong. Dalam kita bersukan, jangan lupa tanggungjawab utam iaitu menuntut ilmu. Akhir kalam, 'may the best team win'.

p/s Bagi pelajar yang beragama Islam, jangan lupa membawa telekung ataupun pakaian untuk bersolat. Biar cemerlang dunia dan akhirat. Wassalam.

Jumaat, 4 Mac 2011

Ilmu dan KITA






Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Ramai pelajar yang hadir ke sekolah,dan biarlah hadir dengan niat yang betul, iaitu untuk menuntut ilmu. Faedah ilmu ada yang dapat kita kecapi sekarang ini, dan ada juga memerlukan masa agar hasilnya boleh dituai dengan lebih baik malah mungkin lebih banyak.

Contoh ilmu yang boleh dikecapi sekarang ialah seperti ilmu membaca dan mengira. Sebelum ini, mungkin ramai di kalangan pelajar tidak boleh membaca dan mengira, namun berkat usaha sendiri, guru dan kurniaan Ilahi, sekarang kebanyakan dari pelajar mampu membaca dan mengira. Kemampuan untuk membaca dan mengira amat penting bagi memperoleh ilmu dan kemahiran baru, bahkan kita langsung terus menggunakannya dalam kehidupan seharian, seperti menulis nama sendiri dan juga ilmu mengira semasa membeli makanan di kantin sekolah. :)



Anda sekarang. COMEL kan?


10 - 12 tahun akan datang. Bayangkan dan REALISASIKAN !


Contoh faedah ilmu yang hanya boleh kita kecapi pada masa akan datang pula ialah pekerjaan yang kita akan jawat kelak. Samada bekerja sendiri, bekerja di sektor swasta mahupun sektor kerajaan, pendapatan kita kelak akan berkadar langsung dengan ilmu yang kita ada. Lebih tinggi ilmu kita, maka lebih tinggi jugalah perolehan pendapatan dan kepuasan dari pekerjaan kita. Bagi mereka yang bekerja sebagai doktor dan jurutera, beza pendapatan mereka adalah amat besar berbanding mereka yang hanya bekerja sebagai pekerja am atau lain-lain pekerjaan berjawatan rendah. Semuanya menjanjikan pendapatan yang halal, tetapi yang berpendapatan tinggi sudah tentu boleh memberikan keluarga mereka keperluan yang terbaik dari segi kebendaan dan jangan lupa juga keperluan rohani ! :)

Jadi, hadirlah ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas, kerana sekolah adalah salah satu tempat kita menimba ilmu, dan tempat dimana seseorang itu boleh melakar sejarah baru di dalam keluarganya.

Selasa, 25 Januari 2011

Kebersihan Mencerminkan Jiwa Kita





Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Hari Isnin lepas, Guru Besar bercakap panjang lebar mengenai tabiat buruk sebilangan pelajar. Tabiat buruk itu ialah tabiat membuang sampah "di atas tong sampah". Ini jelas mencerminkan budaya tergesa-gesa dan malas yang ada dalam diri kita. Apa nak buat?

Get rid of it ! :)

Gambar hiasan : Di SK Merbau, kita juga mempunyai tong sampah seperti di dalam gambar dan juga tong sampah "klasik" warna hitam.


Menitikberatkan kebersihan mencerminkan hati dan jiwa kita yang bersih. Bila jiwa bersih, maka kita sudah 80% bahagia.

Bagaimana kita boleh menanamkan tabiat positif menghargai kebersihan ialah dengan membiasakan diri MENGUTIP, dan MEMASUKKAN SAMPAH KE DALAM tong sampah. Straight and Simple ! .