Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Isnin, 22 Februari 2010

Perisian Membuat Peta Minda





Sila rujuk post sebelum ini mengenai Peta Minda. Disini saya nak berkongsi salah satu perisian yang dibangunkan secara percuma ( opensource ) yang boleh digunakan untuk membuat peta minda dengan menggunakan komputer. Saya telah pun mencuba, dan amat berpuas hati dengan perisian percuma ini. Jadi, sebaiknya perisian ini saya dedahkan agar pelajar juga boleh menggunakan perisian tersebut.

Kelebihan perisian Xmind ( buat peta minda )

1. Perisian percuma
2. Senang digunakan
3. Guru dan pelajar boleh gunakan samada untuk mengajar atau belajar
4. Mudah untuk di'edit' sekiranya nota dalam bentuk peta minda nak di'upgrade'



Klik link untuk download. Download adalah percuma. Untuk bengkel Study Smart, perisian ini juga akan digunakan agar pelajar lebih faham konsep peta minda. Sebelum itu, bagi yang selalu surf, jangan lupa download melalui link tersebut. Praktis dan buat di rumah. Selamat mencuba.

1 ulasan: