Peta minda merupakan satu kaedah yang diperkenalkan oleh Tony Buzan, sekitar tahun 80-an. Maksudnya lama juga dah peta minda ni diamalkan. Peta minda adalah satu kaedah pembelajaran di mana ianya satu teknik yang menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran, terutamanya teknik membaca dan menganalisis maklumat. Maksud disini, sebelum membuat peta minda, kena baca dan memahami topik itu dulu. Kalau tidak difahami dulu, dikhuatiri caca marba ataupun lagi teruk, ilmu sesat yang dibuat!.
Peta minda mempermudahkan ulangkaji, meningkatkan ingatan terhadap topik yang dipelajari, menarik hati pembacanya dan menggalakkan penggunaan kedua-dua belah otak manusia kiri dan kanan ( otak manusia ada 2 bahagian, hemisfera kiri dan kanan, kiri untuk analitik proses, kanan pula untuk kreativiti ). Peta minda terdiri dari pelbagai warna, penggunaan imej dan kata kunci dan sedikit sahaja penerangan. Dijamin menarik perhatian minda yang melihat dan membacanya.

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah pun menjalankan program Klinik Study Smart dan akan disambung selepas habis cuti TBC, yang mana penekanan diberikan pada aspek membuat Peta Minda. Sekali lagi pelajar sekalian, proses sebelum membuat peta minda itu sendiri juga amat penting, peta minda cantik berwarna warni kurang membantu jika topik tersebut tidak difahami, seolah-olah buat sahaja tapi tiada tujuan. Tujuan peta minda adalah untuk memudahkan u/kaji, menjadikan u/kaji lebih menarik dan tidak membosankan.
Yang terakhir sekali, peta minda adalah untuk kegunaan diri sendiri terutamanya, maksud... peta minda khususnya mestilah boleh difahami oleh orang yang membuatnya, dan sekiranya orang lain tidak memahaminya, itu tidak menjadi hal, kerana yang penting yang membuat peta minda itu boleh memahaminya. Kalau orang lain juga boleh memahaminya, itu sudah jadi bonus dan yang membuat peta minda tersebut boleh dapat pahala. Tuhan tahu..
Program : Klinik Study Smart ( Peta Minda )
Tempat : Bilik AVA
Masa : M/P Elektif ( Feb - Mac )
Sasaran : Semua Pelajar Tahun 6 dan Tahun 5
Durasi : 2 jam ( 1 jam setiap slot )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan