Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Sabtu, 13 Februari 2010

Pusat Sumber ( Perpustakaan S.K Merbau Miri )


Barangsiapa yang belum ke pusat sumber sekolah, ish3X, ruginya kalian,. Semalam semasa menggunakan Pusat Akses, aku melintasi PS, dan pemandangan yang dilihat adalah satu yang amat menyedapkan mata. Aku perhatikan PS sekarang jauh berubah, lebih kemas dengan susun atur yang bukan sahaja menarik, tetapi juga praktikal.

Banyak poster motivasi tergantung, selain itu ada juga seri bunga plastik, bahan gantung-gantung yang entah apa pun aku tak tahu namanya tapi cantik, senang cerita memang teratur. Syabas kepada semua JK PS, terutamanya tulang belakang utama, C. Amzan, C. Nicholas dan C. Haminah. Aku benar-benar cemburu ( cemburu baik ) atas usaha kalian, unit bk mesti ikut dan contohi.

Jadi kepada semua, baik pelajar mahupun guru-guru, gunakan peluang ini sebaiknya. Persekitaran yang kondusif, menarik dan selesa boleh membantu prestasi masing-masing. Aku teringat sekolah lama aku, SRK Batu Lintang Kuching, mana ada benda-benda ni semua. Aku kenal perpustakaan pun atas jasa baik mak bapak yang selalu bawak kami 4 beradik ke perpustakaan awam kuching ( dekat ngan Wisma Hopoh, teringat cerita Menti Si Tikus Merah, adik aku kalau g sana entah kenapa mesti pinjam buku tu).

Pendedahan kepada pelbagaian bahan bacaan akan menjadikan minda mempunyai ilmu yang pelbagai, merentasi pelbagai topik. Guru-guru terutamanya boleh menjadikan ini sebagai modal tidak nampak, yang boleh memnperkayakan diri dan pelajar dengan ilmu. Yalah, pelajar ni, kadang kala semasa belajar perlu bahan sokongan , apatah lagi kalau perkara tersebut tiada dalam buku teks.

Jadi, semua jom pergi ke PS jika berkelapangan. Difahamkan bahawa PS akan dibuka masa rehat dan sekarang dah wujud jawatan pengawas pusat sumber untuk melancarkan urusan berkenaan pinjaman dan pemulangan buku. Semestinya ini satu perkhidmatan yang menjanjikan pelajar dengan pengalaman pembelajaran berdikari dan memupuk budaya membaca.

ps:/ digalakkan supaya kita membaca buku sekurang-kurangnya 2 buah sebulan. 1 tahun dah 24 buah.

Ke Arah Bangsa Malaysia Berilmu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan