Sertai survey untuk faedah bersama.

Survey atau bancian ini terbuka kepada semua warga SK Merbau Miri, baik guru, staf sokongan, pelajar dan para ibubapa. Ini penting bagi membantu pihak sekolah memberikan khidmat yang terbaik dan selesa kepada para pelajar terutamanya. Jadi sertailah bancian atau blog poll yang diadakan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua warga SK Merbau Miri.

Adakah anda tahu peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling ?

Sabtu, 13 Februari 2010

Kecekalan


Buat pertama kali dalam sejarah aku tinggal di Permy Jaya, Aku mengikuti rakan-rakan masjid ( yang ramai aku tak kenal namanya melainkan 2 orang ) bertadarus Al-Quran. Sesuatu yang agak janggal, kerana lazimnya baca sorang-sorang kat rumah. Tapi dengan bertadarus, ada yang boleh tolong semakkan bacaan, kalau baca sendiri 100% kena bergantung sepenuhnya dengan warna tajwid ( model Al- Quran bertajwid ).

Apa yang menarik nak ku kongsikan adalah berkenaan dengan salah seorang jemaah yang turut serta. Dari segi umur, jauh senior dan lebih tua dari aku. Aku mengaguminya bukan kerana ketuaannya, bahkan pada sikapnya yang positif di dalam proses pembelajaran tersebut.

Rakan ini umurnya jauh lebih tua, bahkan dah agak lama pencen, tetapi semangat belajarnya membuatkan aku menghormatinya, waduh, tak putus asa beb. Banyak benar salahnya semasa membaca, tetapi kecekalannya mengatasi dan mempelajari kesalahan tersebut aku puji dan aku berazam untuk contohi. Ramai di antara kita amalkan malu tak bertempat, tapi tidak bagi rakanku yang seorang ini. Teringat aku pada satu ilmu yang pernah aku baca, mereka yang membaca Al-Quran dengan susah payah, pahalanya lebih berbanding mereka yang membaca selesa dan tartil (bukan bermaksud boleh baca cincai boncai ya), maksudnya disini jika seseorang itu berusaha untuk mempelajari ilmu tersebut dengan susah payah, ganjaran besar menantinya.


Jadi kita ni, yang muda, masih kuat, labih-lebih lagi dikurniakan dengan akal yang cerdas dan teknologi yang canggih, seharusnya menggunakan peluang ini sebaiknya untuk menuntut dan mempertajamkan ilmu dan kemahiran dengan cekal dan istiqamah ( berterusan ).

Harta makin guna makin habis, ilmu semakin diguna bukan sahaja menjadikan kita lebih lebih baik (pakar), tetapi memberikan kita pahala dan kebaikan yang akan dibalas baik oleh Tuhan. Berusahalah dan jangan putus asa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan