Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu? Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.
Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.
Kebaikan Buah Kismis
Kebaikan Buah Kismis
- Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrasi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot.
- Kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan. Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.
- Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.
- Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.
- Stroobant yang mempunyai saluran masakan sendiri di Asian Food Chanel siaran Astro, berkata buah anggur yang dikeringkan menjadi kismis itu mungkin kecil saiznya dan selalunya tidak bersifat menonjol, tetapi buah yang kecil itu sebenarnya penuh dengan zat semula jadi serta kaya khasiat yang diperlukan badan manusia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Sumber: Berita Harian
- “Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria. Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah
- Secara ringkas nya kebaikan KISMIS ialah ia dapat menyerap kahak, menyejukkan perut, mencerdaskan minda, meneutralkan kandungan air kencing, servis kerongkong, hilangkan penyakit hempedu, menguatkan sistem penghadaman, menguatkan saraf, menambahkan tenaga fizikal menguatkan jantung- Ingat ! KISMIS (dari Anggur adalah makanan para ahli Syurga)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan