Salam, syukur ke hadrat Ilahi semuanya berlansung dengan lancar. Pernyataan ini saya nyatakan berikutan berlansungnya ceramah teknik belajar ( Peta Minda & SQ3R ) pada hari Rabu 18 Febuari 2009 yang lepas. Atas jemputan SK Temenggung Dato' Muip, saya dengan sukacitanya dan bersemangat sekali hadir ( mujur pihak pentadbir sekolah mengizinkan). Ini kerana urusetia menggunakan Pustaka Miri sebagai venue Program Motivasi UPSR.
Pustaka Miri, secara peribadinya saya amat senang sekali dengan hati yang teramat gumbira hadir kerana yang pertama sekali adalah kerana dari aspek kemudahan fizikal, dewan kuliah yang ada di tempat tersebut memang top class. Sumber ini membantu aspek penyampaian ceramah kerana keadaannya yang kondusif dan selesa. Kalau penceramah selesa, dengan izin Allah ilmu yang disampaikan akan lebih mudah dicerna oleh minda pelajar. Saya memilih tajuk Teknik Peta Minda, jadi memang berusaha keras agar pelajar selesa dan menumpukan perhatian, dan tidak buat Peta Air Liur :) semasa sesi berlangsung.
Sayang sekali tiada gambar, maklumlah majlis orang :) Anyway, bagi pelajar SK Temenggung Dato' Muip, anda adalah antara "crowd" yang supportive dan berdisiplin. Keep it up. Semoga sukses dalam perjuangan anda. Lastly, kepada Cikgu Affendi Paun, terima kasih atas jemputan. Sesungguhnya berceramah ditempat yang selesa adalah satu kelebihan dan mesti digunakan dengan sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan